“Anak saya setiap pagi menangis, kadangkala berjam-jam nak pujuk. Akhirnya sepanjang hari mood saya juga terganggu”
“Waktu pagi anak saya happy je, tapi bila balik sekolah, dia meragam”
Bahasa tubuh anak melambangkan emosi anak kita. Mereka kadangkala tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan mereka, maka mereka akan ‘memberitahu’ dengan menunjukkan tingkahlaku yang sangat menguji ibu bapa.
Tangki emosi setiap anak sangat berlainan. Dan ianya harus sentiasa dipenuhi. Jika tidak, mereka akan rasa kurang dan mula menunjukkan bahasa tubuh seperti menangis, meragam dan sebagainya.
Ada yang sukakan sentuhan. Oleh itu, mereka suka apabila kita selalu memeluk mereka, mengusap dan membelai tubuh mereka.
Ada pula anak tangki emosinya adalah dengan kata-kata. Mereka sangat suka diberikan perhatian ketiaka mereka berbicara. Dan mereka mengharapkan yang sama juga dari kita.
Selain itu, ada anak sukakan layanan. Suka apabila di suap makan, suka apabila dimandikan, dan banyak aktiviti yang ingin dilakukan oleh kita ibu bapanya walaupun mereka sudah ketahui cara melakukannya.
Masa berkualiti juga antara salah satu tangki emosi anak yang selalu mereka harapkan dari kita ibu bapanya.
Di sini kami sediakan 4 idea untuk penuhi tangki emosi anak-anak seawal waktu pagi.
1. PERKATAAN ATAUPUN DOA YANG BAIK
Kata-kata yang baik, memuji perbuatan baik mereka, memberi semangat dan doa-doa yang dibacakan dengan kuat di hadapan anak-anak akan memenuhi tangki emosinya. Ketika kejutkan mereka daripada tidur, kejutkan dengan lembut sambil memanggil namanya dan menyebutkan kata-kata positif untuknya.
“Aishah, bangun sayang, Aishah anak yang sihat, suraya anak yang bersemangat dan ceria. Kita bangun solat subuh bersama-sama ya. Alhamdulillah, Umi sayang Aishah. Allah sayang Aishah.”
Pasti, anak akan bangun dengan senyuman.
Ulang kata-kata positif ini juga ketika kita ingin pergi ke tempat kerja saat meninggalkan anak di tadika, sekolah mahupun di pusat jagaan. Elakkan marah-marah ataupun membebel di awal pagi. Ia pasti akan mempengaruhi emosi anak anda sepanjang hari.
2. PELUKAN KEPADA ANAK
Peluk anak sekurang-kurangnya 10 kali sehari. Ada kajian mengatakan, perlu peluk anak lebih lagi. Ini kerana pelukan akan menghasilkan hormon ‘happy’ dalam tubuh anak.
Dengan pelukan, anak-anak akan rasa sangat selamat, rasa di sayangi dan rasa terpenuh tangki emosinya.
Seawal pagi, peluk anak dengan kerap. Belai tubuh mereka dengan penuh rasa sayang.
Pelukan akan membuatkan tangki emosi anak sentiasa penuh sepanjang hari. Akibatnya, mereka gembira di sekolah, dan akan membawa emosi tersebut sehingga pulang ke rumah.
Malah, mereka pastinya tidak sabar nak dapatkan pelukan daripada ibu bapanya untuk penuhkan kembali tangki emosinya setelah seharian berpiasah dengan kita.
3. SERVIS ATAU TINDAKAN
Anak-anak amat suka apabila dilayan sepenuhnya.
Seawal pagi, layan mereka seperti kejutkan mereka , mandikan, sikatkan rambut, sediakan minuman atau makanan untuk sarapan atau bekalan ke sekolah, pakaikan beg sekolah mereka dan apa sahaja tindakan yang memberikan sentuhan layanan kepada anak-anak.
Jika tak dapat buat semua, sekurangnya layanlah mereka berbicara. Letakkan handphone ke tepi, kemudian berikan perhatian sepenuhnya pada kata-kata mereka. Sambil membetulkan pakaian mereka.
Ini kerana sentuhan atau tindakan ibu bapa akan membuatkan anak-anak rasa di hargai.
4. MASA KUALITI
Seawal pagi, lakukan aktiviti bersama walau seketika. Contohnya solat bersama. Jika hari cuti, pakai pakaian yang sedondon atau pilih baju raya sedondon bersama.
Sediakan masa berkualiti untuk anda dan anak-anak.
Terutama bagi ibu dan anak perempuan, aktiviti memilih pakaian, tudung yang sedondon sangat membantu mengeratkan hubungan ibu dan anak. Ibu adalah idola anak, apabila dapat memakai baju yang sama, tangki emosinya akan sangat gembira.
Little Fanna ada menyediakan pakaian sedondon antara ibu dan anak. Sangat sesuai digayakan ketika hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Lihat desain terbaru di sini.
