Jubah dress memang sangat sinonim di gayakan oleh kanak-kanak perempuan masa kini. Baju jubah memang terkenal sebagai pakaian khas oleh kaum hawa di semenanjung Tanah Arab. Kini, di Malaysia, ianya telah menjadi satu trend jubah dress yang sangat di minati oleh wanita muslimah dewasa mahupun kanak-kanak.
Jubah di pakai dengan tujuan menutup aurat dengan menyeluruh dan sempurna sesuai dengan syariat Islam. Dengan perkembangan fesyen yang sangat maju kini, fesyen jubah dress di kalangan kanak-kanak sangat mudah di dapati dengan pelbagai desain yang menarik dan unik. Warna jubah dress ini juga semakin menarik, bukan lagi hanya berwarna hitam sahaja.
Kami kongsikan fesyen jubah dress kanak-kanak muslimah terkini yang sangat sesuai di gayakan oleh anak-anak anda. Terdapat pelbagai trend jubah kanak-kanak muslimah yang terdapat di pasaran sekarang.
TREND JUBAH DRESS CANTIK DAN MODEN
Trend jubah dress tidak hanya di pakai oleh kanak-kanak muslimah yang memakai hijab sahaja, ianya juga boleh di pakai oleh kanak-kanak bukan muslim mahupun yang tidak berhijab. Fesyen jubah dress muslimah yang sangat unik seperti di gayakan oleh watak ‘Princess’ di dalam filem animasi seperti Frozen ini sangat sesuai digayakan oleh kanak-kanak untuk pelbagai acara baik yang formal mahupun tidak formal.
Watak Princess memang sangat di minati oleh kanak-kanak perempuan. Dan Jubah dress adalah pakaian yang kebanyakan watak puteri ini gayakan. Jadi, sangat mudah untuk menrik minat anak-anak untuk juga memiliki baju jubah dress ini.
TREND JUBAH DRESS MUSLIMAH UNTUK KERAIAN/PESTA
Fenomena jubah dress kini telah meresap ke dalam mode fesyen serata dunia. Malaysia juga tidak terkecuali. Baju jubah yang biasa di pakai di timur tengah ini kini di gayakan untuk pelbagai acara dan keraian seperti hari raya, majlis pertunangan, majls graduasi kanak-kanak, juga majlis perkahwinan. Ia membuatkan kanak-kanak kelihatan sangat comel dan selesa.
Kebiasaannya, jubah dress ini jarang di gunakan bagi aktiviti harian kerana ianya di anggap sangat istimewa dan unik untuk digayakan. Desain jubah yang dahulunya hanya berwarna hitam sahaja, telah di reka dengan lebih menarik dengan kombinasi hiasan-hiasan yang menarik seperti manik-manik yang cantik. Juga terdapat warna-warna yang sangat comel digayakan oleh kanak-kanak seperti warna-warna pastel, merah jambu, biru , ungu dan banyak lagi.
TREND JUBAH DRESS MODEN SIMPLE
Fesyen jubah dress kanak-kanak muslimah saat ini memang sangat unik dan bercorak. Corak yang di buat oleh pereka fesyen ini sungguh memberi kesan yang membuatkan jubah dress semakin terkesan dan menarik apabila digayakan oleh kanak-kanak.
Contohnya, ada jubah dress yang di bahagian pinggangnya di tambah kerongsang atau reben. Atau ada juga jubah istimewa yang di jahit dengan hiasan cantik di bahagian bahunya.
JUBAH DRESS TERKINI COMEL DAN ELEGAN
Kini kanak-kanak muslimah juga boleh menggayakan jubah dress yang comel dan elegan seperti yang di gayakan oleh ibunya. Pilihan warna sedondon akan membuatkan ibu dan anak kelihatan sangat cantik untuk di gayakan sebagai baju raya pada tahun 2020 ini.
Pelbagai desain jubah dress yang glamor telah di reka agar jubah dress ibu dan anak menjadi sangat cantik dan elegan di pakai bersama. Hiasan manik, labuci mahupun potongan ‘payung’ menjadi pilihan jubah dress terkini ibu dan anak.
JUBAH DRESS LACE
Fesyen jubah dress terkini tidak hanya menggunakan kain polos, kini pilihan gandingan kain bercorak dan lace sangat di minati oleh peminat jubah dress.
Motif batik yang terdapat pada kain lace sangat unik dan menarik. Ia tentunya sangat sesuai di gayakan oleh kanak-kanak untuk majlis perkahwinan atau majlis-majlis formal. Kerana ianya membuatkan jubah dress tersebut Nampak mewah dan ekslusif.

“Wow, fesyen jubah dress muslimah memang sangat menarik bukan?”
Jadi tidak hairanlah jika fesyen ini menjadi pilihan ibu-ibu untuk anak-anak perempuan mereka. Ibu-ibu kini juga sangat meminati fesyen jubah dress ini memandangkan fesyen jubah dress ini sangat unik,menarik dan elegan. Ramai ibu-ibu menjadikan jubah dress ini sebagai pakaian formal untuk ke majlis-majlis tertentu. Dan pastinya, jubah dress ini sangat selesa kerana potongan yang longgar dan membuatkan ibu dan anak-anak selesa untuk menggayakannya sepanjang hari.
Little Fanna menyediakan fesyen jubah dress kanak-kanak muslimah terkini. Pastinya ianya sangat selesa di gayakan oleh kanak-kanak perempuan. Fesyen jubah dress rekaan kami sangat sesuai digayakan untuk pelbagai majlis mahupun menjadi pilihan baju raya kanak-kanak perempuan 2020.
Pereka fesyen jubah dress kami sangat mementingkan fesyen jubah dress yang selesa, desain yang terkini dan pastinya sangat comel apabila digayakan oleh kanak-kanak.
Fesyen jubah dress kanak-kanak muslimah terbaru kami adalah Layla Dress. Material kain yang dipilih khas untuk membuatkan kanak-kanak memakainya sepanjang hari dengan selesa. Fabrik sejuk, serap peluh, flowy dan mudah di gosok menjadi pilihan pakar jubah kami. Desain yang di reka pula adalah sangat trendy dan minimalis menjadikan kanak-kanak Nampak sungguh comel dan tidak meragam untuk bergerak aktif. Sweet buckle Love sebagai aksesori di pinggang membuatkan si kecil tampak comel dan menarik.
Pilihan warna maroon, Navy Blue, Green, Grey, Peach, Pink dan pistachio mint adalah warna pilihan ramai dan sangat trendy masa kini. Warna-warna yang sangat sinonim buat kanak-kanak perempuan ini memudahkan ibu-ibu mencari tudung sedondon dengan jubah dress yang di pakai.
Menarik bukan fesyen jubah dress kanak-kanak muslimah terkini? Melihat hal tersebut, tidak hairanlah jika kaum hawa terutama ibu-ibu sangat suka pakaikannya buat puteri tersayang.