3 (TIGA) LANGKAH MENDIDIK ANAK MENUTUP AURAT

Sebagai seorang Islam, sudah pasti kita mahu mendidik anak menutup aurat dengan sempurna. Bak kata pepatah,

 “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Kami kongsikan cara mendidik anak perempuan menutup aurat.

1. MULAKAN DARI DALAM KELUARGA

Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak teladani dan ikuti. Oleh itu, mendidik anak menutup aurat juga harus bermula daripada kita ibu bapa mereka.

Ajak anak memakai tudung, contohnya, bersama-sama. Tunjukkan cara memakainya, bantu anak untuk memakainya dengan rapi dan pilih tudung yang bersesuaian untuk anak pakai.

Selain tudung, pakaian juga harus diambil berat. Pilih pakaian yang mematuhi syariah untuk di pakai oleh anak-anak. Kini telah banyak butik- butik online mahupun di kedai-kedai menyediakan pelbagai fesyen pakaian muslimah untuk anak-anak.

Fesyen ibu dan anak juga telah banyak dijual bagi menggalakkan anak-anak memakai pakaian yang sama cantik seperti ibu mereka. Pastinya bertambah ceria dan meriah apabila mengenakan pakaian sedondon ketika menyambut hari raya mahupun ke majlis-majlis tertentu.

Selain itu, dedahkan juga pada anak-anak akibat jika tidak menutup aurat dengan sempurna. Agar pemahaman mereka dalam menutup aurat bukan hanya memakai tudung sahaja, tetapi menutupi bahagian-bahagian aurat seperti yang di syariatkan.

Suri Kurung Sedondon by Little Fanna

2. STEP BY STEP ( BERTAHAP)

Untuk mendidik anak menutup aurat, sebaiknya adalah secara bertahap.

Mulakan dengan menutup anggota tubuh dengan sebaiknya. Sebagai contoh membelikan anak-anak pakaian yang longgar. Fesyen jubah dress yang kini menjadi pilihan ibu-ibu adalah contoh yang terbaik untuk menggalakkan anak-anak menutup aurat.

Kemudian, didik anak bertudung. Antara tips yang boleh digunakan untuk mendidik anak bertudung adalah dengan membelikan tudung-tudung yang comel dan selesa buat anak-anak. Pelbagai pilihan yang boleh di beli melalui butik-butik pakaian muslimah. Semuanya sungguh menarik dan comel untuk digayakan oleh anak-anak.

Layla Bawal In Beige

3. GALAKAN DAN RANGSANGAN

Anak-anak fitrahnya sukakan hadiah. Dalam mendidik anak menutup aurat juga boleh di sertai dengan ‘sistem reward’. Sistem reward ini adalah satu cara di mana anak-anak di berikan hadiah setelah mereka melakukan sesuatu yang baik.

Sebagai galakan untuk mendidik anak-anak menutup aurat, berikan hadiah jika mereka berjaya menutup aurat mengikut tahap yang kita sediakan.

Contohnya, pada tahap memakai pakaian yang longgar secara konsisten, mereka diberikan reward mainan ataupun makan aiskrim. Ini membuatkan mereka lebih bersemangat dalam menutup aurat sebaik mungkin.

Naura Dress by Little Fanna

Menutup aurat adalah wajib bagi setiap wanita. Oleh itu, kitalah sebagai ibu bapa yang perlu bijak dalam mendidik anak mengikut perintah agama dengan sebaiknya.

Little Fanna sangat mengutamakan ciri-ciri yang patuh syariah ini dalam setiap desain pakaian anak-anak yang dibuat. Agar lebih mudah untuk para ibu memilih pelbagai pakaian yang menarik serta comel untuk anaknya.

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping