Memilih baju anak adalah menjadi kesukaan para ibu terutama buat anak perempuan. Baju anak perempuan yang kini ada di pasaran sangat comel dan menarik.
Harus diingatkan bahawa, pemilihan yang tepat bukan hanya pada menariknya baju tersebut, ada banyak faktor lain yang perlu di ambil kira.
1.JENIS KAIN
Kulit kanak-kanak sangat sensitive. Pemilihan jenis kain sangat membantu mengelakkan masalah kulit terjadi kepada kanak-kanak. Kini, kain jenis crepe sangat di minati oleh para ibu. Selain kerana mudah menyerap peluh, kain jenis ini juga tidak jarang dan tidak panas. Bagi anak-anak yang mempunyai masalah kulit seperti eczema, memakai pakaian daripada kain ini sangat perlu, terutama ketika berada di kawasan orang ramai mahupun ketika cuaca panas. Kain jenis crepe ini juga sangat tahan lasak. Mempunyai anak yang aktif memerlukan kain yang tahan lasak agar pakaian tersebut tidak mudah koyak. Dan yang paling di sukai, kain jenis crepe ini juga mudah di urus kerana tidak mudah kedut. Oleh itu sangat jimat masa kerana tidak perlu menggosok baju anak-anak lagi.
2.PENGALIRAN UDARA
Cari baju bersaiz sedikit besar kerana kanak-kanak membesar sangat cepat. Ini untuk memberi keselesaan pada kanak-kanak selain membantu pengaliran udara yang baik. Tambahan pakaian anak-anak perempuan mempunyai pelbagai fesyen terkini yang mengikut bentuk badan, oleh itu untuk mengelakkan ruam badan akibat kepanasan, memilih baju bersaiz sedikit besar sangat membantu. Dan baju tersebut juga dapat di pakai lebih lama. Jimat!
3. MUDAH DI PAKAI DAN DITANGGALKAN
Jenis baju berbutang atau berzip adalah sangat sesuaidan terbaik buat kanak-kanak supaya mudah dipakai dan ditanggalkan. Ini kerana, jika berada di tempat awam, penukaran baju kanak-kanak akan jadi lebih mudah.
4. MUDAH DIBASUH DAN WARNA TIDAK LUNTUR
Ini bagi memudahkan mommy-mommy menguruskan pakaian. Mempunyai anak-anak yang masih kecil dan aktif memerlukan banyak masa diberikan kepada mereka. Pilih pakaian yang tidak mengecut, tidak luntur dan mudah dibasuh. Selain atas faktor saiz cepat berubah kerana anak cepat membesar, mempunyai pakaian yang mudah diurus ini kebiasaannya sangat selesa di pakai oleh kanak-kanak berulang kali.
5. PERHATIKAN BERAT BADAN ANAK
Biasanya, di setiap pakaian terdapat label ukuran mengikut umur kanak-kanak. Harus diingat bahawa, melihat berat badan anak kita juga penting. Jika berat badan anak adalah berat dari kebiasaan anak-anak sebayanya, maka saiz pakaian umur yang lebih besar lebih sesuai buatnya. Kini , ramai penjual telah sediakan jadual ukuran badan anak mengikut saiz.jadi lebih mudah dirujuk.
Kini, Mommy-mommy semua jangan risau, Little Fanna menyediakan pelbagai pilihan fesyen jubah muslimah kanak-kanak terkini yang sangat selesa. Kami telah menerima banyak feedback yang baik dari pelanggan kami.
Alhamdulillah. Mommy-mommy mesti tergoda dengan desain-desain menarik, rekaan terkini dan comel-comel. Apatah lagi apabila digayakan oleh anak perempuan kesayangan.
Layari www.littlefanna.sambalayang.com